Kami menawarkan HOMESTAY APARTMENT bercitarasa kondominium untuk penginapan sementara bagi yang ingin bermalam di Kulai sama ada bagi tujuan :-
- bercuti di Kulai
- penginapan berkeluarga
- melawat saudara mara di Kulai
- menghadiri majlis konvokesyen
- menjalankan urusan rasmi/kerja di Kulai
LOKASI : Rose Villa Apartment Blok E, Jalan Sri Putri 11/6, Taman Putri Kulai, 81000 Kulai, Johor.
PARKING LOT : Reserved Parking PE 49
KELENGKAPAN :
1. Bilik tidur Utama - Katil Queen + Aircond, comforter, bantal 4 biji, lampu tidur, almari & meja solek.
2. Bilik tidur 2 - Katil Queen + Kipas siling, comforter, bantal 4 biji, lampu tidur, almari, kipas siling, seterika dan papan seterika, sejadah.
3. Bilik tidur 3 - Katil Queen + Kipas siling, bantal, cadar, selimut, almari, meja solek, extra tilam single 2pcs.
4. Ruang Dapur - penapis air Cuckoo, dapur gas dan hud dapur, kabinet dapur, peti sejuk, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, blender, pinggan mangkuk, cawan, gelas, jug, teko, sudu, garpu, periuk, kuali, lesung batu dan tong gas.
**Dibenarkan memasak, tetapi perlu memastikan peralatan dan tempat dibersihkan semula selepas aktiviti memasak.
5. Ruang Tamu - Set sofa, TV, ASTRO Njoi, kabinet tv, kipas siling.
6. Ruang Makan - Set meja makan 6 seater, kipas siling berlampu.
7. Bilik air 1 - Water heater, baldi, gayung, sabun mandi.
8. Bilik air 2 - Water heater, baldi, gayung, sabun mandi.
9. Yard - Mesin basuh Fully Auto Toshiba 7kg, ampaian penyidai baju, penyangkut baju, tong sampah, penyapu dan dust pan.
10. TAMBAHAN - 2 tilam bujang, 4 biji bantal, pewangi, spray nyamuk, tisu dll.
(KESEMUA KELENGKAPAN ADALAH HAK MILIK RANIA HOMESTAY DAN TIDAK DIBENARKAN DIBAWA PULANG ATAU MEROSAKKANNYA)
KEMUDAHAN LAIN DI LUAR APARTMENT :
- Reserved parking PE 49 dan banyak lagi ruang parking tidak berbumbung.
- LIF
- Kawalan keselamatan 24 jam
- Taman permainan kanak-kanak
- 5 minit dari Lebuhraya Utara Selatan (EXIT 252 KULAI).
- 10 minit ke AEON Mall Kulai.
- 13 minit ke Palm Villa Golf, Bandar Putra.
- 15 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lebuhraya Senai-Desaru.
- 15 minit ke JOHOR PREMIUM OUTLETS (15km).
- 20 minit ke UTM Skudai, Johor Bahru.
- 25 minit ke Legoland Nusajaya (35km).
- 30 minit ke Pusat Bandar JOHOR BAHRU/Singapura (35km).
- 30 minit ke PEKAN NENAS.
- 40 minit ke Singapura (melalui Second Link Expressway).
- berhampiran AEON Kulai, LOTUS, ECONSAVE, MYDIN, SUPER COWBOY, dan IOI MALL.
Ahad-Sabtu: RM200.00/hari
Cuti Umum: RM250.00/hari
>Tidak termasuk Secutity Deposit: RM50.00
(Deposit akan dipulangkan sekiranya rumah ditinggalkan dalam keadaan baik / tiada kerosakan & kehilangan)
>Boleh juga untuk sewa mingguan atau bulanan. Harga boleh dirunding. Tetapi bergantung kepada tempahan pelanggan.
**Bilangan Tetamu MAKSIMUM 10 ORANG SAHAJA
BERAPA BILANGAN TETAMU YANG DIBENARKAN UNTUK MENGINAP DI RANIA HOMESTAY ??
Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap ialah MAKSIMUM 10 ORANG kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja.
Jika ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan MAKSIMUM TAMBAHAN 3 ORANG SAHAJA. Tetamu melebihi had akan dikenakan extra caj RM20 seorang.
Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini.
CHECK IN : 2.30 petang
EARLY CHECK IN / LATE CHECK OUT: RM5.00 per jam (jika tiada tetamu lain pada hari berkenaan)
SYARAT TEMPAHAN :
Sebagai pengesahan tempahan, tuan/puan dikehendaki membayar deposit tempahan sebanyak RM100.00
(No.Akaun akan diberi melalui WhatsApp kepada bakal penginap)
Setelah bayaran deposit dibuat, tuan/pauan boleh hantarkan slip bayaran di WhatsApp supaya tempahan tuan/puan dapat disahkan dan direkodkan pada tarikh yang dipilih.
*Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum serahan kunci (semasa Check in). Kunci boleh diambil pada tarikh check in.
CARA TEMPAHAN :
Hubungi Admin kami melalui WhatsApp untuk menempah tarikh anda menginap:-
Terima kasih.